PSS3113


Pengenalan Kajian Tindakan
Pendahuluan


… it is difficult to see how teaching can be improved or how curriculum proposals can be 
evaluated without self-monitoring on the part of teachers. A research tradition which is 
accessible to teachers and which feeds teaching must be created if education is to be 
significantly improved. (Stenhouse 1975: 165)

Kajian tindakan akan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk membantu 
memudahkanpemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di
 tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat
tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada 
pendidik.
Pengamalan 'research thinking and orientation’ dan ‘research-based decision-making' dalam 
tugas harian dalam kalangan guru merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk 
meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan 
pembelajaran. Kajian tindakan merupakan wadah yang sangat berkesan dalam membantu 
guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi
 mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan membantu guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian. 2

Definisi Kajian Tindakan 
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh
 peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial
 itu sendiri. Sebagai penyelidik,mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan
 untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan 
proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.


Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian 
tindakan. Antaranya adalah seperti berikut:


i. Kemmis & McTaggart (1988)


Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif,
dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan
 kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, 
di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana 
amalan itu dilakukan


ii. Ebbut (1985)


Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal 
terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan
 praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.


iii. McNiff (1988)


Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti
pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang
 amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


iv. Somekh (1989)


Kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam
situasi sosial itusendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan
 masing-masing.


v. Cochran-Smith dan Lytle (1990)


Kajian tindakan sebagai kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan
mereka meneroka isu-isu yang mereka sukai. Ianya juga menyediakan satu kaedah yang formal
bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai sebahagian daripada sumber maklumat dalam 
pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam pendidikan.




vi. Kember dan Gow (1992),


Kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka
melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.


Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi tersebut dapat dirumuskan bahawa kajian
 tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut
dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan 
dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan
penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti 
amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat
mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.4


Tujuan Kajian Tindakan 


Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau 
meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana 
pengajaran dijalankan. Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat 
dalam pengajaran secara langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan
melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.


Kepentingan guru melaksanakan penyelidikan ke atas pengajaran dan pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu:
...Guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada 
penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia. Guru yang 
baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar 
bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap strategi-strategi 
dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya mereka dapat 
mengkritik kemahiran-kemahiran mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran 
profesionalisme.Perbuatan sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan 
diri dengan penyelidikan bilik darjah.


Budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah. 
Ia amat bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik yang sekali gus berperanan sebagai 
agen perubahaan. Sehubungan dengan  itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan 
yang berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh 
warga pendidik di sekolah.


Ciri-ciri Kajian Tindakan


Ciri penting kajian tindakan ialah:


i. dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam konteks mata
 pelajaran dan kelas yang mereka ajar;

ii. dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-
kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan berkomitmen untuk meningkatkan
kefahaman praktis mereka; menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak.
iii. Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan 
menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut;
iv. banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri;
v. dilakukan secara sistematik dan ‘rigorous’; dan
vi. dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, 
perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.



Tajuk Buku: Teachers Investigate Their Work: An introduction to the methods of action research
Penulis: Herbert Altrichter, Peter Posch and Bridget Somekh (1993)

Maksud kajian tindakan berdasarkan buku ini adalah satu kajian mengenai situasi sosial 
dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti tindakan di dalamnya.
Guru melakukan kajian tindakan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan 
pembelajaran (P&P) begitu juga dengan keadaan di sekolah bagi guru-guru dan murid-murid.
 Selain itu, kajian tindakan bertujuan untuk membantu guru-guru agar dapat menerima segala
cabaran dan masalah-masalah pengamalan serta dapat menjalankan kajian inovasi  secara
 intelektual. Seterusnya para guru bukan hanya menjalankan menjalankan kerja-kerja bagi tujuan
 kemajuan sekolah malah seharusnya mengembangkan pengetahuan dan kualiti profesional 
mereka. Guru juga boleh memberi sumbangan yang penting kepada pengetahuan melalui 
profesion mereka.
Langkah pertama bagi sesuatu kajian bermula dengan pengalaman-pengalaman dalam proses kegagalan untuk memadankan atau membezakan sesuatu. Ia boleh terjadi disebabkan:
Perbezaan yang ketara di antara perancangan dan sangkaan di satu pihak dan pengamalan 
yang sebenar di pihak yang lain. (sebagai contoh penyemakan semula bagi memeriksa mereka
 telah kerja rumah mereka adalah menjurus kepada pengamalan kerja yang berkesan tetapi
 kerja penulisan adalah selalunya ringkas dan di tahap yang lemah)
Kegagalan untuk memadankan di antara situasi semasa dan nilai hala tuju sesuatu 
pembangunan ataupun objektif (contohnya, matlamat seorang guru supaya semua pelajar 
dapat membuat yang terbaik di dalam peperiksaan memerlukan beliau untuk menetapkan 
satu tugasan yang mencabar tetapi ianya mengarah kepada  permasalahan dengan kerja 
rumah dan ia sebenarnya mendorong kepada kebanyakan punca kegagalan)
Perbezaan yang ketara diantara kpelbagaian pemahaman manusia dan situasi yg sama 
(contohnya kelas tambahan selepas waktu persekolahan telah dianggap sebagai hukuman
atau bebanan dikalangan pelajar)
Berdasarkan kepada Marion Dadds (1985), 3 jenis permulaan bagi setiap kajian :
Keprihatinan -  contohnya cuba untuk menjalankan sesuatu idea yang berpotensi, 
membangunkan kekuatan, atau mampu menerima sesuatu rutin dengan lebih berwaspada
Permasalahan – contohnya perlu meningkatkan situasi yg sukar, penyelesaian masalah, 
membuat sesuatu utk memeperbaiki kekurangan, ( dalam erti kata, kualiti bahan2 pengajaran)
Situasi yg tidak jelas – guru-guru selalunya memulakan kajian mereka dengan ketidakpastian 
yg lebih besar ataupun yang lebih kecil; situasi dimana sama ada positif ataupun negatif secara 
jelas. Sama ada yang menyeronokkan ataupun yang memberi tekanan, tetapi yang manakah 
menaikkan isu yang mereka benar-benar ingin fahami. Biasanya, kerja mereka dimulakan 
dengan pengalaman-pengalaman yang tidak dijangka di dalam bilik darjah yang mana 
mereka tidak boleh diganggu, tetapi kepercayaan adalah satu langkah permulaan untuk 
peningkatan pengajaran yang akan datang
Dalam melakukan kajian tindakan, guru melakukan pengumpulan data melalui:
Pemerhatian dan situasi maklumat:  biasanya melalui pemerhatian secara terus dimana
 pemerhatian secara terus tidak memerlukan apa-apa alatan teknikal melainkan pensil dan 
kertas. Dalam membuat pemerhatian, terdapat 4 cara yang boleh digunakan iaitu pemerhatian
 secara langsung, rakaman bunyi, fotografi dan rakaman video.
Temubual: memberi ruang kepada penyelidik untuk melihat seseorang itu diluar kelakuaan
 biasa mereka. Maksud disini adalah pengkaji boleh membaca terus persepsi seseorang 
termasuk pemikiran, atitud dan juga pendapat yang wujud disebalik kelakuan atau gelagat 
seseorang yang ditemubual.
Penulisan secara bertulis: merupakan temuramah secara rasmi berdasarkan soalan kajiselidik. 
Perbezaan antara penulisan secara bertulis dan temubual adalah penemubual tidak boleh 
memberikan pandangan atau respon secara terus kepada jawapan sesuatu soalan.
Penggabungan kaedah (yang dipanggil kaedah segitiga): Dijana daripada kombinasi di 
antara pemerhatian dan temu bual yang menjadikan data di dalam situasi tertentu dikumpulkan 
melalui 3 sudut iaitu perspektif guru-guru, perspektif murid dan perspektif pihak ketiga.
Guru melakukan penganalisisan data menggunakan kaedah penganalisisan yang berkesan
 iaitu membuat kesimpulan data. Kesimpulan bagi data mungkin mengandungi jawapan-
jawapan kepada soalan-soalan yg berikut :

Apakah konteks yang membolehkan data di kumpul? Mengapa ianya dikumpulkan? Mengapa 
di dalam situasi yg tertentu?Mengapa menggunakan kaedah-kaedah pengumpulan?
Apakah fakta yg terpenting di dalam data? Adakah terdapat sesuatu yg mengagumkan?
Berkenaan kajian isu manakah yang menjadikan data itu bermaklumat?
Kesimpulan data adalah tidak kurang dari 2 muka surat. Jiika tidak ia akan hilang nilai-nilai 
 sebagai sumber rujukan. Selain itu, data boleh dianalisis dengan membahagikan data-data 
kepada beberapa kategori – setiap kategori perlu di pilih yg mana ianya relevan kepada soalan
 kajian dan pada masa yg sama sebahagian daripadanya menceritakan kandungan data. 
Dengan menggunakan kategori-kategori ini, data dpt diuruskan dengan baik. Sebagai contoh,
 dengan memberikn kategori yg sesuai kepada setiap bentuk penulisan. Proses dikenali 
sebagai peletakan kod.




DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Buku:
1.  Teachers Investigate Their Work:An introduction to the methods of action research (1993)
2.  A Teacher’s Guide to Classroom Research (2008)
 Elliot (1991:69): Kajian mengenai keadaan sosial dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti
 tindakan bertujuan untuk menyalurkan penilain praktikal dalam situasi yang konkrit, dan 
kesahan teori atau hipotesis.
 Kemmis (1983): pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan 
sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun  ia masih boleh dilakukan secara individu dan
 kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah
 dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.
 Mills (2003): Kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru
 sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah,
bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar.  Maklumat dikumpulkan dengan 
satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang
 positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.
 Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan
 amalan pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji 
sendiri terlibat secara langsung dan membuat refleksi.
 Secara rumusannya, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang bertujuan 
 untuk penambahbaikan samada kepada amalan pendidikan dan kurikulum sekolah ,
 perkembangan professional, perkembangan sistem perancangan dan polisi dan 
perkembangan pelajar. Kajian tindakan ini adalah lebih baik dilakukan secara kolaboratif
 namun masih juga boleh dilakukan secara individu atau dengan kerjasama pihak luar. 
Kajian ini melibatkan guru sendiri sebgai pengkaji dimana mereka terlibat secara langsung
 dan membuat refleksi.

Model Kajian Tindakan
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu 
atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai
 panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan
 yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru
 mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-
kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan
 ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau
 komuniti.
Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, 
students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to 
improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices,
 (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these
 practices are carried out.”
 Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions 
about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and 
improve them”
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti 
pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.
Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. 
Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.

Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)  iaitu ‘action research cycle’ merupakan 
model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen
 utama dalam model ini iaitu:
Mereflek (reflect)
Merancang (plan)
Bertindak (action)
Memerhati (observe)



























Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
 Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
 pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan 
satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru 
melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah
 memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan 
sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru 
bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu 
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap 
pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
 pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum
 yang hendak disampaikan.































Model 2: Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif.
 Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
 usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis
 mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
Model 3: Model Kajian Tindakan Bassey (1998) dan Hand (2001)
Model kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) mempunyai lima peringkat.
Peringkat pertama;
Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame 
research questions)
Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.
Peringkat kedua:
Mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah
 (Collect data and decide how teaching could be changed)
 Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk
 mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap 
subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam 
mengenalpasti tindak balas.


Peringkat ketiga:
Laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to
 teaching)
Perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.
 Peringkat keempat:
Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)
Kajian tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota 
mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.
 Peringkat kelima:
Melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika 
perlu (review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary)
Model 4: Model Kajian Tindakan Elliot (1991)
Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama utamanya adalah penyelidik 
membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu
 adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian
 dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam 
pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk
 kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan