KAJIAN EKONOMI PEMBANGUNAN
Konsep Pembangunan ekonomi
Perbezaan pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi
Elemen penting dalam pembangunan
Prospek bidang ekonomi pembangunan
Ekonomi pembangunan adalah satu daripada cabang disiplin ekonomi yang memberikan perhatian khusus kepada negara membangun.
Disiplin ini bertujuan menganalisis masalah- masalah yang dihadapi oleh negara ini dan mengenalpasti cara-cara mengatasi masalah tersebut supaya usaha membangunkan ekonominya dapat dijalankan dengan lebih pesat lagi.
Kenapa pentingnya mempelajari ilmu pembangunan?
4 Dapat membantu pelajar memperoleh pemahaman yang lebih tentang persoalan- persoalan kritikal yang dihadapi oleh dunia Negara Ketiga. (Nafziger, 1990 dan Todaro
,1994)
4 Bruces Herrick dan Charles P.Kindleberger
(1983) pula menyatakan 5 alasan berikut :
— Moral dan etika
— Kepentingan peribadi negara
— Kepentingan peribadi individu atau pihak swasta
— Kesedaran tentang alam sekitar
— Perasaan ingin tahu
Prospek bidang ekonomi pembangunan
Definisi prospek
1. kemungkinan atau peluang utk mencapai kejayaan pd masa akan datang: rencana ini menumpukan perbincangan kpd beberapa isu, masalah, “, dan strategi pembangunan industri desa;
2. harapan utk terus maju dlm kerjaya
http://prpm.dbp.gov.my/5earch.aspx?k=prospek
-Ekonomi pembangunan dikatakan berada dalam keadaan yang tidak bermaya atau hilang kepentingannya. (5eers 1969, Hirchman 1981, 5treeten 1983)
-Siswazah di negara maju tidak lagi berminat untuk mengkaji tentang aspek-aspek pembangunan di Dunia Ketiga.
-Tetapi tidak kepada siswazah di negara membangun
-Sebilangan kecil sahaja Negara Dunia Ketiga (NDK) yang berjaya keluar dari situasi kemunduran.
(Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea 5elatan) dan negara membangun seperti Malaysia dan
Thailand.
-Masalah2 di negara membangun :
- Kemiskinan dan agihan pendapatan yang tidak sama rata.
-Pertumbuhan penduduk dan beban pergantungan yang berat.
-Pengangguran ketara dan tidak ketara
- Pergantungan kepada negara asing
-Taraf hidup rendah
PERSOALAN
Adakah Malaysia mampu mengekalkan ekonomi yang sudah sedia ada ini dan seterusnya berusaha ke arah pemantapan ekonomi pada masa akan datang?
- Bagi mencapai dan meneruskan daya saing Malaysia di peringkat wilayah dan antarabangsa, perkara yang paling penting ialah rakyatnya harus mempunyai kualiti, kemahiran dan kecekapan melalui pengurusan sumber manusia.
-Ini kerana kualiti sumber manusia akan menentukan kejayaan atau kegagalan proses perindustrian seterusnya di negara ini.
-Keadaan ekonomi yang mantap penting untuk mencapai matlamat negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
-Malaysia sebenarnya sudah menyediakan diri untuk ke arah negara maju tetapi kejayaannya banyak bergantung pada sejauh mana modal manusia dapat menyokong kelancaran proses pengindustrian negara melalui penyerapan, penyesuaian dan penggunaan teknologi terkini dengan menyerapkan idea yang inovatif ke dalam proses dan keluaran baru yang dapat dipasarkan di pasaran antarabangsa.
- Malaysia tidak harus berpuas hati dengan kelebihan yang ada sekarang ini terutamanya dari segi buruh yang murah.
-Golongan buruh kini sentiasa mencari peluang untuk mendapat upah yang tinggi dan
keadaan bekerja yang selesa.
-Peningkatan kadar upah ini sudah tentu akan menyebabkan pelabur beralih ke kawasan baru negara membangun yang lain atau membawa balik semula yang telah ditempatkan ke negara maju.
-Malaysia tidak harus selamanya bergantung pada sumber alam semulajadi yang lambat laun akan pupus.
-Tidak harus juga selamanya menjadi pengimport dan pengguna teknologi yang dibawa masuk tetapi perkara yang sebaliknya perlu berlaku.
-Oleh itu bagi membolehkan negara ini membangun dan mempunyai teknologi sendiri, pelaburan terhadap sumber manusia amat penting.
PRO5PEK EKONOMI MALAYSIA 2010
http://www.treasury.gov.my/pdf/eko nomi/le/0910/bab3.pdf
. Ekonomi Malaysia dijangka mendapat faedah daripada perkembangan ekonomi dunia yang semakin stabil.
. Petumbuhan KDNK dijangka kembali pulih pada kadar 2.0% - 3.0%
. Pertumbuhan menyeluruh dengan sumbangan positif dalam semua sektor dijangka meningkatkan KNK nominal perkapita sebanyak 2.5% kepada RM24, 661
SEKTOR PERKHIDMATAN
. Dianggar berkembang 3.6 % pada tahun 2010 dengan sumbangan yang lebih tinggi kepada KDNK sebanyak 58.5% ( 2009 — 2.1% ; 57.9%)
. Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh prestasi menggalakkan subsektor komunikasi, kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit , serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan.
. Prospek sektor perkhidmatan dijangka kekal menggalakkan dengan usaha giat kerajaan bagi membangunkan sektor ini.
. Beberapa langkah proaktif diambil bagi mengukuhkan daya saing sektor ini serta menarik kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga profesional.
SEKTOR PEMBUATAN
. Sektor pembuatan dijangka kembali pulih 1.7% (2009 : -12.1%)
SEKTOR PERTANIAN
. Sektor pertanian dijangka kembali cergas 2.5% (2009 : -2.1%) hasil daripada pemulihan subsektor komoditi.
. Subsektor bukan komoditi terutamanya ternakan dan hasil pertanian dijangka terus berkembang
- Dijangka kembali pulih 1.1% (2009 : -2.9%) disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi.
SEKTOR PEMBINAAN
-Dianggar berkembang 2.3%(2009 : 3.5%) dengan semua subsektor mencatatkan pertumbuhan kukuh.
- Projek utama seperti Rangkain Aliran Transit Ringan dari Kelana Jaya dan Ampang
- Penyaluran air mentah Pahang-Selangor.
Elemen Penting Dalam Pembangunan
Pertumbuhan dan Pembangunan
Pertumbuhan — peningkatan kepada jumlah output benar atau output per kapita barang-barang dan perkhidmatan yang dicapai dalam jangka panjang.
Pertumbuhan biasanya diukur dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pendapatan Per Kapita.
. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat mengurangakan kadar kemiskinan melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan kadar upah yang lebih tinggi.
. Pembangunan pula keupayaan ekonomi negara untuk mencapai dan menetapkan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kadar 5.0-7.0 % setahun.
.Ukuran pembangunan — penggunaan kadar pertumbuhan KNK per kapita untuk melihat keupayaan sesebuah negara mengeluarkan outputnya dengan kadar lebih cepat daripada kadar pertumbuhan ekonominya.
. Pertumbuhan ekonomi yang pesat memberi feadah pembanguna kepada semua penduduk terutama penduduk luar bandar (proses titisan ke bawah).
. Masalah kemiskinan tidak dapat diatasi kerana pengagihan yang tidak seimbang dan fenomena ini digelar sebagai pertumbuhan tanpa pembangunan.
. Dudley 5eers (1969), memasukkan 3 unsur penting dalam konsep pembangunan iaitu kemiskinan, pengangguran dan ketidakseimbangan.
. Todaro (1989) , pembangunan sebagai 1 proses pelbagai dimensi yang melibatkan pembentukan dan penyesuaian semula keseluruhan sistem ekonomi dan sosial.
. Pembaikan dalam pendapatan dan pengeluaran , pembangunan juga melibatkan perubahan yang radikal dalam struktur institusi, sosial, pentadbiran, sikap, adat dan kepercayaan.
. Goulet (1971) memperkenalkan 3 komponen asa iaitu, penampung hidup, harga diri dan kebebasan.
. Penampung hidup@ keperluan asas ialah makanan, kesihatan dan perlindungan. Jika Keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi maka wujudla kemiskinan mutlak.
Pembangunan Manusia
. UNDP (1990) — proses untuk memperluaskan pilihan individu.
. 3 perkara penting yang diingin individu
- memiliki kehidupan yang lebih panjang dan sihat.
- menjadi terpelajar
- mudah memperolehi sumber-sumber yang boleh membawa kepada satu kehisupan yang selesa.
. Penghargaan diri — perasaan yang dihormati dan tidak dikongkong oleh orang lain @ negara luar.
. Negara tidak akan dianggap telah membangun jika negara tersebut masih lagi dipengaruhi @ dikuasai oleh pihak luar.
. Kebebasan — bebas daripada kesengsaraan, institusi-intitusi yang mencengkam, penindasan daripada manusia lain, serta bebas daripada kepercayaan kuno.
. Masyarakat mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat pilihan.
. Manusia juga perlu mempunyai kebebsan berpolitik, jaminan hak asasi manusia dan harga diri.
. Pembangunan manusia mempunyai dua bahagian :
. 1) pembentukan manusia melalui pembaikan kesihatan, pendidikan dan latihan.
. 2) bagaimana individu menggunakan kemampuan yang dimiliki untuk tujuan2 yang produktif @ melibatkan diri secara aktif.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN.
Pertumbuhan ekonomi Pembangunan ekonomi
1) Diukur dari segi kuantiti iaitu proses bersifat kuantitatif.
2) Biasanya diukur menggunakan pendapatan per kapita.
3) Pertumbuhan boleh terjadi tanpa pembangunan.
1) 1 proses yang bersifat kuanlitatif.
2) Diukur melalui keupayaan output.
3) Pembangunan membawa implikasi yang lebih daripa peningkatan pendapatan negara.
4) Pembangunan tidak boleh terjadi tanpa adanya pertumbuhan.
RUJUKAN
. http://prpm.dbp.gov.my/5earch.aspx?k=prospek
. http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0910/bab3.pdf
. Nor Aini Haji Idris, Ab. Razak Dan. 2004. F“Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi““.
Selangor. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
. Abibullah Haji 5amsudin, Nooriah Yusof, Morshidi 5irat. 2000. F“Asia Timur : Pusat Pertumbuhan
Baru Ekonomi Dunia““. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan